photo mbs-1.gif  photo mbs-1.gif  photo mbs-1.gif
Agama (Islam) tidak mungkin tegak (jaya) kecuali dengan al-Kitab (Al-Qur'an), al-Mizan (timbangan keadilan) dan al-Hadid (kekuatan besi). Kitab adalah yang memberi petunjuk, sedangkan besilah yang menolongnya. Dengan al-Kitab, tegaklah ilmu dan agama. Dengan al-Mizan hak-hak harta dapat ditunaikan. Dan dengan al-Hadid hukum pidana Islam dapat ditegakkan.(Majmu al-Fatawa : 25/365)

Tuesday, January 18, 2011

DARI ADMIN

APA ITU "salaam" ???


 

بسم الله الرحمن الرحيم

Salaam (سـلام) dari segi bahasa membawa maksud selamat, aman atau sejahtera. Diambil dari kata dasar dari perkataan Islam (اسـلام) itu sendiri.


Halaman ini BUKAN milik mana-mana parti politik atau golongan tertentu atau mana-mana dominasi. Kami di sini bukanlah untuk menghina Agama lain. Tujuan utama HALAMAN ini adalah untuk menyebarkan masej kebenaran tentang Islam kepada semua umat manusia.

Siapa kami??? 

Sekumpulan kecil manusia dari berbagai latar belakang yang berusaha menyebarkan segala ilmu yang diperoleh atas tujuan dakwah untuk kepentingan umat Islam.

Berusaha menjadi ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA bukan tergolong dalam mana-mana golongan atau puak-puak kerana kita tidak diajar untuk berpecah-belah sedemikian. 

Hayatilah firmannya:  

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬  
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

[al-hujuraat, 49:13]



Dari Abu Dzar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya: 'Lihatlah, sesungguhnya engkau tidak lebih baik daripada orang yang berkulit merah dan tidak pula lebih dari orang yang berkulit hitam, melainkan kamu lebihkan dirimu dengan taqwa kepada Allah.' 

(Riwayat Ahmad)

 

Kaab bin Syadh r.a berkata, “Ya Rasulullah, apakah seorang yang mencintai kaumnya (bangsanya) itu termasuk fanatik (ashabiyah)?”
Nabi s.a.w menjawab: “Tidak, fanatisme (ashabiyah) itu bilamana seorang mendukung dan memihak kepada kaumnya ata
s sesuatu kezaliman.”
(Hadith riwayat Ahmad)



MENJAGA SILATULRAHIM:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ 
وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا   

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

[an-nisa', 4:1]


Bayangkan jika kita berSATU....Insyaallah KITA kuat serta diGERUNI oleh MUSUH-MUSUH kita. Bukan seperti sekarang, amat mudah diperkotak-katikkan oleh MEREKA....
Jadilah kita ISLAM yang SEBENAR-BENARNYA. Bukan memihak kepada mana-mana puak.



Kami ingin melihat umat Islam bersatu bukannya berpecah belah seperti mana yang kita lihat sekarang ini.









Dalam usaha menyatukan umat Islam  di bawah satu kalimah (لا اله الا الله محمد رسول الله)

Diharap pembaca turut dapat sama menyebarkan keindahan Islam.
Semoga semua usaha kita mendapat berkat dari-Nya. INSYAALLAH



الله أكبر

الله أكبر

الله أكبر

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...