photo mbs-1.gif  photo mbs-1.gif  photo mbs-1.gif
Agama (Islam) tidak mungkin tegak (jaya) kecuali dengan al-Kitab (Al-Qur'an), al-Mizan (timbangan keadilan) dan al-Hadid (kekuatan besi). Kitab adalah yang memberi petunjuk, sedangkan besilah yang menolongnya. Dengan al-Kitab, tegaklah ilmu dan agama. Dengan al-Mizan hak-hak harta dapat ditunaikan. Dan dengan al-Hadid hukum pidana Islam dapat ditegakkan.(Majmu al-Fatawa : 25/365)

Saturday, April 7, 2012

PERANG MU'TAH

MAQAM ABDULLAH IBN RAWAHAH



PERANG MU'TAH BERLAKU PADA BULAN JAMADIL AWAL TAHUN KE 8 HIJRAH (629M) KERANA RASULULLAH S.A.W HENDAK MEMBELA KEMATIAN SEORANG UTUSAN BAGINDA BERNAMA HARITH BIN UMAIR AL AZDI YANG DIBUNUH OLEH RAJA BUSRO SYURAHBIL BIN AMRU AL GHASSANI ATAS ARAHAN HERAKLIUS. RASULULLAH S.A.W SANGAT BERDUKA CITA KERANA BELIAULAH SATU-SATUNYA UTUSAN BAGINDA YANG DIBUNUH SECARA KHIANAT KERANA MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG DITERIMA BERSAMA, SEORANG UTUSAN TIDAK BOLEH DIBUNUH. INI ADALAH MARUAH ISLAM. INI PERLU DIBELA, DEMI MENUNJUKKAN ISLAM DI PIHAK YANG BENAR. KALAU PERJANJIAN HUDAIBIYAH MERUPAKAN PENDAHULUAN UMRAH QADHA HINGGA MEMBAWA KEPADA FUTUL MEKAH, PERANG MUKTAH INI PULA PENDAHULUAN KEPADA PEPERANGAN TABUK, YANG AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA PEMBEBASAN SYAM. MAKA RASULULLAH S.A.W MEMPERSIAPKAN PASUKAN TENTERA SERAMAI 3000 ORANG DALAM MASA YANG SINGKAT UNTUK MENYERANG TENTERA ROM SERAMAI 100,000 ORANG YANG BERGABUNG DENGAN TENTERA-TENTERA ARAB BADWI DAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI BAWAH JAJAHAN ROM SERAMAI 100,000 ORANG. ERTINYA 3000 MENENTANG 200000 ORANG.

KALAU KITA FIKIRKAN, IA SANGAT TIDAK SEIMBANG. SEOLAH-OLAH PERGI UNTUK MENEMPAH MAUT. TAPI DEMI MARUAH AGAMA, GERAKAN INI DITERUSKAN.

DI DALAM PEPERANGAN INI, RASULULLAH S.A.W MENETAPKAN ZAID IBN HARITHAH SEBAGAI PANGLIMA PERANG DAN BERPESAN: 

“JIKA GUGUR ZAID, JAAFAR AKAN MENGGANTINYA, JIKA GUGUR JAAFAR, ABDULLAH RAWAHAH PULA MENGGANTINYA, JIKA ABDULLAH JUGA GUGUR, PILIHLAH PEMIMPIN DI KALANGAN KAMU.” 

MAKA BERANGKATLAH TENTERA ISLAM, MENUJU KE SEMPADAN JAJAHAN ROM HINGGA SAMPAI KE PERKAMPUNGAN MA’AN (SEKARANG DALAM NEGARA JORDAN), DI SITU MEREKA MENDAPAT BERITA BAHAWA ANGKATAN TENTERA ROM BERJUMLAH 200,000 ORANG SEDANG MENUNGGU MEREKA. TENTERA ROM KETIKA ITU SUDAH SAMPAI BALQA’. MAKA BERMESYUARATLAH TENTERA ISLAM MENGENAI STRATEGI MEREKA. ADA YANG BERPENDAPAT AGAR DIHANTAR UTUSAN KEPADA RASULULLAH S.A.W UNTUK MEMINTA BANTUAN.

KETIKA ITULAH, ABDULLAH IBN ABU RAWAHAH, SEBAGAI PENYAIR RASULULLAH BERPERANAN MEMBERIKAN UCAPAN YANG PENUH SEMANGAT: 

“SAUDARA-SAUDARA, APA YANG KITA TIDAK SUKA, ITULAH YANG KITA CARI SEKARANG IAITU MATI SYAHID. KITA MEMERANGI MUSUH BUKAN KERANA KELENGKAPAN, BUKAN KERANA KEKUATAN JUGA BUKAN KERANA JUMLAH TENTERA YANG RAMAI. TETAPI KITA MEMERANGI MEREKA HANYALAH KERANA AGAMA INI YANG KERANANYA ALLAH MEMULIAKAN KITA. OLEH ITU, MARI MARA KE HADAPAN. KITA AKAN MEMPEROLEHI SALAH SATU DARI DUA KEBAIKAN: MENANG ATAU MATI SYAHID!!" 

UCAPAN ABDULLAH MENDORONG TENTERA ISLAM TERUS BERSEMANGAT BERKOBAR-KOBAR MENGHARUNGI PERPERANGAN. ZAID IBN HARITHAH SEBAGAI PANGLIMA PERANG BERTEMPUR DENGAN GAGAH BERANI. DARI LEPAS SUBUH HARI PERTAMA HINGGA HARI KEENAM TENTERA ISLAM BERJAYA DALAM SETIAP SERANGAN. TENTERA ROM TIDAK MENYANGKA SAMA SEKALI, DENGAN BILANGAN YANG SANGAT KECIL, TENTERA ISLAM BERANI MEMULAKAN SERANGAN. IA MENGAKIBATKAN KEMATIAN YANG BANYAK DI PIHAK MUSUH MALAH MENGGERUNKAN HATI-HATI MEREKA.

TETAPI KETENTUAN TUHAN PASTI BERLAKU, DI HARI KEENAM, TENTERA ROM MEMBALAS SERANGAN. KETUA TENTERA DAN PEMEGANG BENDERA ISLAM INI (ZAID)  TERSUNGKUR KETIKA PANAH-PANAH DAN TOMBAK-TOMBAK MILIK PASUKAN ROM MULAI MENGOYAK TUBUHNYA, DAN SEBELUM KESYAHIDANNYA, IA MENYERAHKAN BENDERA YANG DIBAWANYA KEPADA JAAFAR YANG BERADA DEKATNYA. PERGILAH KEKASIH RASULULLAH S.A.W BERTEMU KEKASIH AGUNG.

KEPIMPINAN TENTERA DISAMBUNG OLEH JAAFAR IBN ABU TALIB YANG BERWAJAH TAMPAN INI YANG MASIH MUDA, WAJAHNYA DAN AKHLAKNYA SEPERTI RASULULLAH S.A.W. BELUM LAMA PULANG DARI BERHIJRAH KE HABSYAH, SUDAH MENGGALAS TUGAS YANG BESAR. DENGAN MENUNGGANG KUDANYA, IA MENEROBOS DI TENGAH-TENGAH MUSUH-MUSUHNYA, PEDANG DI TANGAN KANANNYA, BENDERA RASULULLAH DI TANGAN KIRINYA. NAMUN TIDAK BERAPA LAMA SELEPAS ITU, KUDA MILIK JAAFAR TERSUNGKUR DITUSUK TOMBAK MUSUH LALU JAAFAR TERJATUH. SATU HAYUNAN PEDANG MENEBAS TANGAN KIRINYA, BERMATI-MATIAN IA MEMPERTAHANKAN BENDERA RASULULLAH S.A.W YANG DIBAWANYA DENGAN TANGAN KANAN, NAMUN LAGI SATU TEBASAN PEDANG MEMOTONG TANGAN KANANNYA, LALU IA MENGAPIT BENDERA TERSEBUT DENGAN KEDUA PANGKAL LENGANNYA, SAMBIL BERLARI MENUJU ABDULLAH IBN RAWAHAH. JAAFAR IBN ABU TALIB MENEMUI SYAHIDNYA DALAM KEADAAN BADANNYA TERBELAH DUA. LALU ALLAH MENGGANTIKAN DUA TANGANNYA DENGAN SAYAP LANTAS TERBANG KE SYURGA. OLEH ITULAH JAAFAR IBN ABU TALIB DIGELAR DENGAN PANGGILAN JAAFAR YANG BERSAYAP DUA.

ABDULLAH IBN RAWAHAH MENERIMA BENDERA YANG SUDAH KOYAK ITU DARI JAAFAR LALU MENERUSKAN PERTEMPURAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR. BERLAKULAH JANJI RASULULLAH S.A.W, KETIGA-TIGA PANGLIMA PERANG INI MENEMUI SYAHID MEREKA DI MU'TAH.

SELEPAS ITU BENDERA ITU DIAMBIL OLEH THABIT IBN AL-ARQAM DARI BANI AJALAN, LALU MELAUNGKAN: “WAHAI KAUM MUSLIMIN, MARI KITA PILIH CALON YANG SESUAI MENGETUAI KITA.”, KERANA BELIAU TAHU KETIDAK MAMPUAN DIRINYA MEMIMPIN. MAKA, AKHIRNYA BENDERA ISLAM DISERAHKAN KEPADA KHALID IBN AL-WALID, PEDANG DARI PEDANG-PEDANG ALLAH.

KHALID YANG MENYEDARI PERTEMPURAN BERJALAN TIDAK SEIMBANG LALU MENGATUR STRATEGI. KETIKA ITU PERTEMPURAN HANYA BERLAKU DI WAKTU SIANG. DI WAKTU MALAM, BELIAU MERANCANG DAN MENYUSUN TENTERA-TENTERA ISLAM. PASUKAN SAYAP KANAN DITUKARKAN KE SAYAP KIRI, BEGITULAH SEBALIKNYA. PASUKAN BELAKANG, DIKEHADAPANKAN, BEGITULAH SEBALIKNYA. DI BELAKANG PASUKAN TENTERA ISLAM KHALID LETAKKAN SATU PASUKAN BERKUDA YANG MEMBAWA DAHAN DAN RANTING KAYU, MENGHERETNYA DI PADANG PASIR AGAR TIMBUL DEBU-DEBU YANG BERTERBANGAN. SEOLAH-OLAH PASUKAN BANTUAN TIBA. ADA KUMPULAN YANG BERTAKBIR DAN TAHLIL BERAMAI-RAMAI UNTUK MENAMBAHKAN KEGERUNAN MUSUH.

GABUNGAN QIAMULAIL DI MALAM HARI, MERINTIH, MENGADU PADA TUHAN DAN STRATEGI PEPERANGAN DARI SEORANG YANG PAKAR TERNYATA BERHASIL. BANTUAN ALLAH PUN SAMPAI. KETAKUTAN MENYELUBUNGI HATI TENTERA-TENTERA ROM DAN ARAB BADWI. WAJAH-WAJAH YANG BERPERANG, SUDAH BERUBAH. BUKAN MUKA-MUKA YANG MEREKA LIHAT SEBELUM INI. DITAMBAH DENGAN DEBU-DEBU YANG TEBAL BERTERBANGAN DI BELAKANG PASUKAN TENTERA MUSLIM DAN TAKBIR DAN TAHLIL YANG BERGEMA HEBAT, SEOLAH-OLAH ADA BANTUAN KETENTERAAN YANG SAMPAI. IA MENGGENTARKAN HATI TENTERA. MALAH ADA KETIKANYA KUDA KHALID SAMPAI BERDEKATAN DENGAN KHEMAH KETUA TENTERA LALU ROM LALU MENARIK DIRI DARI MEDAN PERTEMPURAN. BILANGAN 3000 PUN MEREKA BELUM BERJAYA HADAPI, BETAPA LAGI KALAU BERGABUNG DENGAN TENTERA TAMBAHAN. DI SAAT KUCAR-KACIR TENTERA ROM INI, KHALID MENGAMBIL PELUANG MENGUNDURKAN DIRI, MENYELAMATKAN SAHABAT-SAHABAT DARI JUMLAH KEMATIAN YANG MUNGKIN BERTAMBAH.

PERANG YANG TELAH BERJALAN SELAMA SEMINGGU  ITU BERAKHIR TANPA ADA KEMENANGAN TOTAL DARI KEDUA PIHAK, KAUM MUSLIM KEHILANGAN 13 ORANG TENTERANYA YANG MENEMUI SYAHID SEDANGKAN DI PIHAK ROM SERAMAI 3350 ORANG. TETAPI MELIHATKAN ANGKA KEMATIAN BERBANDING JUMLAH TENTERA, MORALNYA ROM KALAH DALAM PERTEMBUNGAN PERTAMANYA DENGAN TENTERA ISLAM. SATU ANGKA YANG AJAIB, 200,000 ORANG MENENTANG 3000 ORANG HANYA MEMBABITKAN KEMATIAN 13 ORANG ISLAM SAHAJA. PUN BEGITU, HANYA ADA 3 MAQAM SAHAJA YANG MASIH KEKAL HINGGA KE HARI INI, MEDAN PEPERANGAN MU'TAH BERSAMA RUNTUHAN MASJID LAMA.

MEDAN PERANG MU'TAH







sumber:
.: anjangmuor's travelog
.: lahir dari tetes air yang hina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...