photo mbs-1.gif  photo mbs-1.gif  photo mbs-1.gif
Agama (Islam) tidak mungkin tegak (jaya) kecuali dengan al-Kitab (Al-Qur'an), al-Mizan (timbangan keadilan) dan al-Hadid (kekuatan besi). Kitab adalah yang memberi petunjuk, sedangkan besilah yang menolongnya. Dengan al-Kitab, tegaklah ilmu dan agama. Dengan al-Mizan hak-hak harta dapat ditunaikan. Dan dengan al-Hadid hukum pidana Islam dapat ditegakkan.(Majmu al-Fatawa : 25/365)

Monday, August 13, 2012

QISAS DAN HUDUD MILIK ALLAH

SEMOGA TERTEGAKNYA APA YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH!!


يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا كُتِبَ عَلَيكُمُ القِصاصُ فِى القَتلَى ۖ الحُرُّ بِالحُرِّ وَالعَبدُ بِالعَبدِ وَالأُنثىٰ بِالأُنثىٰ ۚ فَمَن عُفِىَ لَهُ مِن أَخيهِ شَيءٌ فَاتِّباعٌ بِالمَعروفِ وَأَداءٌ إِلَيهِ بِإِحسٰنٍ ۗ ذٰلِكَ تَخفيفٌ مِن رَبِّكُم وَرَحمَةٌ ۗ فَمَنِ اعتَدىٰ بَعدَ ذٰلِكَ فَلَهُ عَذابٌ أَليمٌ ﴿١٧٨﴾

وَلَكُم فِى القِصاصِ حَيوٰةٌ يٰأُولِى الأَلبٰبِ لَعَلَّكُم تَتَّقونَ ﴿١٧٩﴾


WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! DIWAJIBKAN KAMU MENJALANKAN HUKUMAN "QISAS" (BALASAN YANG SEIMBANG) DALAM PERKARA ORANG-ORANG YANG MATI DIBUNUH IAITU: ORANG MERDEKA DENGAN ORANG MERDEKA, DAN HAMBA DENGAN HAMBA, DAN PEREMPUAN DENGAN PEREMPUAN. MAKA SESIAPA (PEMBUNUH) YANG DAPAT SEBAHAGIAN KEAMPUNAN DARI SAUDARANYA (PIHAK YANG TERBUNUH), MAKA HENDAKLAH ORANG YANG MENGAMPUNKAN ITU) MENGIKUT CARA YANG BAIK (DALAM MENUNTUT GANTI NYAWA), DAN (SI PEMBUNUH PULA) HENDAKLAH MENUNAIKAN BAYARAN GANTI NYAWA ITU) DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH SUATU KERINGANAN DARI TUHAN KAMU SERTA SUATU RAHMAT KEMUDAHAN. SESUDAH ITU SESIAPA YANG MELAMPAUI BATAS (UNTUK MEMBALAS DENDAM PULA) MAKA BAGINYA AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA. 

DAN DI DALAM HUKUMAN QISAS ITU ADA JAMINAN HIDUP BAGI KAMU, WAHAI ORANG-ORANG YANG BERAKAL FIKIRAN, SUPAYA KAMU BERTAQWA. 


[AL-BAQARAH, 2:178-179]







QISAS IALAH MENGAMBIL PEMBALASAN YANG SAMA. QISASH ITU TIDAK DILAKUKAN, BILA YANG MEMBUNUH MENDAPAT KEMA'AFAN DARI AHLI WARIS YANG TERBUNUH YAITU DENGAN MEMBAYAR DIAT (GANTI RUGI) YANG WAJAR. PEMBAYARAN DIAT DIMINTA DENGAN BAIK, UMPAMANYA DENGAN TIDAK MENDESAK YANG MEMBUNUH, DAN YANG MEMBUNUH HENDAKLAH MEMBAYARNYA DENGAN BAIK, UMPAMANYA TIDAK MENANGGUH-NANGGUHKANNYA. BILA AHLI WARIS SI KORBAN SESUDAH ALLAH MENJELASKAN HUKUM-HUKUM INI, MEMBUNUH YANG BUKAN SI PEMBUNUH, ATAU MEMBUNUH SI PEMBUNUH SETELAH MENERIMA DIAT, MAKA TERHADAPNYA DI DUNIA DIAMBIL QISAS DAN DI AKHIRAT DIA MENDAPAT SIKSA YANG PEDIH.


DALAM SUATU RIWAYAT DIKEMUKAKAN BAHAWA KETIKA ISLAM HAMPIR DISYARIATKAN, PADA ZAMAN JAHILIYAH ADA DUA SUKU BANGSA ARAB BERPERANG SATU SAMA LAINNYA. DI ANTARA MEREKA ADA YANG TERBUNUH DAN YANG LUKA-LUKA, BAHKAN MEREKA MEMBUNUH HAMBA SAHAYA DAN WANITA. MEREKA BELUM SEMPAT MEMBALAS DENDAM KERANA MEREKA MASUK ISLAM. MASING-MASING MENYOMBONGKAN DIRINYA DENGAN JUMLAH PASUKAN DAN KEKAYAANNYA DAN BERSUMPAH TIDAK REDHA APABILA HAMBA-HAMBA SAHAYA YANG TERBUNUH ITU TIDAK DIGANTI DENGAN ORANG MERDEKA, WANITA DIGANTI DENGAN LELAKI. MAKA TURUNLAH AYAT TERSEBUT DI ATAS (S. 2: 178) YANG MENEGASKAN HUKUM QISAS. 

(DIRIWAYATKAN OLEH IBNU ABI HATIM YANG BERSUMBER DARI SA'ID BIN JUBAIR.)




وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ أَن يَقۡتُلَ مُؤۡمِنًا إِلَّا خَطَـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤۡمِنًا خَطَـًٔ۬ا فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٍ۬ مُّؤۡمِنَةٍ۬ وَدِيَةٌ۬ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦۤ إِلَّآ أَن يَصَّدَّقُواْ‌ۚ فَإِن كَانَ مِن قَوۡمٍ عَدُوٍّ۬ لَّكُمۡ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٍ۬ مُّؤۡمِنَةٍ۬‌ۖ وَإِن ڪَانَ مِن قَوۡمِۭ بَيۡنَڪُمۡ وَبَيۡنَهُم مِّيثَـٰقٌ۬ فَدِيَةٌ۬ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ وَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٍ۬ مُّؤۡمِنَةٍ۬‌ۖ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ شَهۡرَيۡنِ مُتَتَابِعَيۡنِ تَوۡبَةً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَڪِيمً۬ا (٩٢) 

وَمَن يَقۡتُلۡ مُؤۡمِنً۬ا مُّتَعَمِّدً۬ا فَجَزَآؤُهُ ۥ جَهَنَّمُ خَـٰلِدً۬ا فِيہَا وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَلَعَنَهُ ۥ وَأَعَدَّ لَهُ ۥ عَذَابًا عَظِيمً۬ا (٩٣) 

DAN TIDAK HARUS SAMA SEKALI BAGI SESEORANG MUKMIN MEMBUNUH SEORANG MUKMIN YANG LAIN, KECUALI DENGAN TIDAK SENGAJA. DAN SESIAPA YANG MEMBUNUH SEORANG MUKMIN DENGAN TIDAK SENGAJA, MAKA (WAJIBLAH IA MEMBAYAR KAFFARAH) DENGAN MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA YANG BERIMAN SERTA MEMBAYAR "DIAH" (DENDA GANTI NYAWA) YANG DISERAHKAN KEPADA AHLINYA (KELUARGA SI MATI), KECUALI JIKA MEREKA SEDEKAHKAN (MEMAAFKANNYA). TETAPI JIKA IA (YANG TERBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA) DARI KAUM (KAFIR) YANG MEMUSUHI KAMU, SEDANG IA SENDIRI BERIMAN, MAKA (WAJIBLAH SI PEMBUNUH MEMBAYAR KAFFARAH SAHAJA DENGAN) MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA YANG BERIMAN. DAN JIKA IA (ORANG YANG TERBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA ITU) DARI KAUM (KAFIR) YANG ADA IKATAN PERJANJIAN SETIA DI ANTARA KAMU DENGAN MEREKA, MAKA WAJIBLAH MEMBAYAR "DIAH" (DENDA GANTI NYAWA) KEPADA KELUARGANYA SERTA MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA YANG BERIMAN. DALAM PADA ITU, SESIAPA YANG TIDAK DAPAT (MENCARI HAMBA YANG AKAN DIMERDEKAKANNYA), MAKA HENDAKLAH IA BERPUASA DUA BULAN BERTURUT-TURUT; (HUKUM YANG TERSEBUT) DATANGNYA DARI ALLAH UNTUK MENERIMA TAUBAT (MEMBERSIHKAN DIRI KAMU). DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA BIJAKSANA. 

DAN SESIAPA YANG MEMBUNUH SEORANG MUKMIN DENGAN SENGAJA, MAKA BALASANNYA IALAH NERAKA JAHANAM, KEKAL IA DI DALAMNYA, DAN ALLAH MURKA KEPADANYA, DAN MELAKANATKANNYA SERTA MENYEDIAKAN BAGINYA AZAB SEKSA YANG BESAR. 

[AN-NISA', 4:92-93]



HUKUM QISAS DIJATUHKAN APABILA SESEORANG MEMBUNUH DENGAN SENGAJA. BAGI PEMBUNUHAN SECARA TIDAK SENGAJA MISALNYA DISEBABKAN ACCIDENT (KEMALANGAN), HENDAKLAH MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA AHLI KELUARGA SI MATI. DI ARAB SAUDI, DIKENAKAN BAYARAN MISALNYA SEBANYAK 20,000 RIYAL BAGI KES KEMALANGAN SEBAGAI GANTI RUGI KEPADA KELUARGA SI MATI.

DALAM MAZHAB HANAFIE, HUKUM QISAS (BUNUH BALAS) HANYA DIJATUHKAN APABILA SESEORANG ITU MEMBUNUH DENGAN ALAT PEMBUNUHAN SEPERTI PISAU, PISTOL, PARANG, SENAPANG DAN SEBAGAINYA. 

DALAM MAZHAB SYAFIE PULA, HUKUM QISAS DIJATUHKAN WALAUPUN PEMBUNUH HANYA MENGGUNAKAN TANGAN ATAU KAKINYA TANPA MENGGUNAKAN SENJATA ATAU ALAT PEMBUNUHAN. 

BAGI PEMBUNUHAN SECARA ILMU HITAM PULA, TIDAK DIJATUHKAN QISAS DALAM MAZHAB HANAFI, TETAPI DIKENAKAN QISAS DALAM MAZHAB SYAFIE.

(NASBUN NURAIN)



الشَّهرُ الحَرامُ بِالشَّهرِ الحَرامِ وَالحُرُمٰتُ قِصاصٌ ۚ فَمَنِ اعتَدىٰ عَلَيكُم فَاعتَدوا عَلَيهِ بِمِثلِ مَا اعتَدىٰ عَلَيكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ ﴿١٩٤﴾


(MENCABULI) BULAN YANG DIHORMATI ITU IALAH DENGAN (SEBAB MEMBALAS PENCABULAN DALAM) BULAN YANG DIHORMATI; DAN TIAP-TIAP PERKARA YANG DIHORMATI ITU (JIKA DICABULI), ADA BALASANNYA YANG SEIMBANG. OLEH ITU SESIAPA YANG MELAKUKAN PENCEROBOHAN TERHADAP KAMU MAKA BALASLAH PENCEROBOHANNYA ITU SEIMBANG DENGAN PENCEROBOHAN YANG DILAKUKANNYA KEPADA KAMU; DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SERTA KETAHUILAH: SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA. 


[AL-BAQARAH, 2:194]







KALAU UMAT ISLAM DISERANG DI BULAN HARAM, YANG SEBENARNYA DI BULAN ITU TIDAK BOLEH BERPERANG, MAKA DIPERBOLEHKAN MEMBALAS SERANGAN ITU DI BULAN ITU JUGA.


MAKSUDNYA ANTARA LAIN IALAH: BULAN HARAM (BULAN ZULKAIDAH, ZULHIJJAH, MUHARRAM DAN RAJAB), TANAH HARAM (MEKAH) DAN IHRAM. 


DALAM SUATU RIWAYAT DIKEMUKAKAN PERISTIWA SEBAGAI BERIKUT: PADA BULAN DZULQAIDAH NABI SAW DENGAN PARA SAHABATNYA BERANGKAT KE MEKAH UNTUK MENUNAIKAN UMRAH DENGAN MEMBAWA QURBAN. SETIBANYA DI HUDAIBIAH, DIHALANG OLEH KAUM MUSYRIKIN, DAN DIBUATLAH PERJANJIAN YANG ISINYA ANTARA LAIN AGAR KAUM MUSLIMIN MENUNAIKAN UMRAHNYA PADA TAHUN BERIKUTNYA. PADA BULAN DZULQAIDAH TAHUN BERIKUTNYA BERANGKATLAH NABI SAW BESERTA SAHABATNYA KE MEKAH, DAN TINGGAL DI SANA SELAMA TIGA MALAM. KAUM MUSYRIKIN MERASA BANGGA DAPAT MENGGAGALKAN MAKSUD NABI SAW UNTUK UMRAH PADA TAHUN YANG LALU. ALLAH SWT MEMBALASNYA DENGAN MELULUSKAN MAKSUD UMRAH PADA BULAN YANG SAMA PADA TAHUN BERIKUTNYA. TURUNNYA AYAT TERSEBUT DI ATAS (S. 2: 194) BERKENAAN DENGAN PERISTIWA TERSEBUT. 

(DIRIWAYATKAN OLEH IBNU JARIR YANG BERSUMBER DARI QATADAH.)


JENAYAH-JENAYAH ( JARIMAH-JARIMAH ) QISAS DAN DIAT IALAH JENAYAH-JENAYAH YANG DISEKSA KERANA MELAKUKANNYA DENGAN SEKSAAN QISAS DAN DIAT. HUKUMAN QISAS DAN DIAT IALAH HAK INDIVIDU ( HUQUQ AL-ADRAD ) YANG TERTENTU. MAKSUD TERTENTU IALAH HUKUMAN QISAS DAN DIAT ADALAH TERTENTU ( TIDAK ADA PILIHAN ATAU KEPELBAGAIAN DALAM HUKUMAN ) SEPERTIMANA HUKUMAN HUDUD JUGA. TETAPI QISAS BERBEZA DARI HUDUD IALAH TENTANG UNSUR HAK INDIVIDU, IAITU MANGSA ATAU PIHAK MANGSA SEPERTI WARIS ATAU WALI MEMPUNYAI HAK PENGAMPUNAN DAN HAK MENUNTUT DIAT JIKA MEREKA KEHENDAKI TERHADAP PENJENAYAH. APABILA DIAMPUNKAN MAKA GUGURLAH HAK QISAS, TETAPI BERHAK MENUNTUT DIAT ATAU MENGAMPUNKAN TANPA SEBARANG BAYARAN.



PENGERTIAN HUKUM QISAS IALAH PENJENAYAH DISEKSA ATAU DIBALAS SEPERTIMANA JENAYAH YANG DILAKUKAN. JIKA MEMBUNUH MAKA DIBALAS DENGAN MEMBUNUH, DAN JIKA MENCEDERAKAN MATA MAKA HENDAKLAH DIBALAS DENGAN MENCEDERAKAN MATA PENJENAYAH JUGA, BEGITULAH SETERUSNYA. KONSEP QISAS INI TERDAPAT DI DALAM AL-QUR’AN, FIRMAN ALLAH S.W.T. YANG BERMAKSUD :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِى ٱلۡقَتۡلَى‌ۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰ‌ۚ فَمَنۡ عُفِىَ لَهُ ۥ مِنۡ أَخِيهِ شَىۡءٌ۬ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَـٰنٍ۬‌ۗ ذَٲلِكَ تَخۡفِيفٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَلَهُ ۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (١٧٨) 

“ HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN KE ATAS KAMU QISAS BERKENAAN ORANG-ORANG YANG DIBUNUH, ORANG MERDEKA DENGAN ORANG MERDEKA, HAMBA DENGAN HAMBA DAN WANITA DENGAN WANITA. MAKA BARANGSIAPA YANG MENDAPAT KEMAAFAN ( PENGAMPUNAN )DARI SAUDARANYA, HENDAKLAH ( YANG MEMAAFKAN ) MENGIKUT DENGAN CARA YANG BAIK, DAN HENDAKLAH ( YANG DIBERI MAAF ) MEMBAYAR ( DIAT ) KEPADA YANG MEMBERI MAAF DENGAN CARA YANG BAIK. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH SATU KERINGANAN DARI TUHAN KAMU DAN SATU RAHMAT. BARANGSIAPA YANG MELAMPAUI BATAS SESUDAH ITU, MAKA BAGINYA SEKSA YANG SANGAT SEDIH. “

AL-BAQARAH, 2:178

DALAM AYAT DI ATAS TERNYATA BAHAWA JENAYAH QISAS BOLEH DIAMPUN SAMA ADA DARI MANGSA ATAU WALINYA. JENAYAH YANG TERLIBAT DENGAN QISAS DAN DIAT INI IALAH BUNUH DENGAN SENGAJA DAN MENCEDERAKAN DENGAN SENGAJA.


وَلَا تَقۡتُلُواْ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ‌ۗ 

“ DAN JANGANLAH KAMU MEMBUNUH JIWA YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH ( MEMBUNUHNYA ), MELAINKAN DENGAN SATU ALASAN YANG BENAR….... “

AL-ISRA', 17:33 

MAKSUD ‘ALASAN YANG BENAR’ IALAH SEPERTI MEMBUNUH BALAS TERHADAP PEMBUNUH ( DALAM JENAYAH QISAS ), HUKUMAN REJAM KEPADA PENZINA YANG MUHSAN.


PEMBALASAN YANG SEIMBANG/SETIMPAL TIDAKLAH BERMAKSUD PEMBALASAN YANG SAMA.....

FITNAH TIDAK DIBALAS DGN FITNAH....

JIKA KESALAHAN BERZINA???TIDAK MUNGKING DIBALS DENGAN ZINA....


KATA KUNCI "PEMBALASAN YANG SETIMPAL"


FIRMAN ALLAH YANG LAIN BERHUBUNG PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA TERDAPAT DALAM FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :


وَكَتَبۡنَا عَلَيۡہِمۡ فِيہَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ 

“ DAN KAMI TELAH TETAPKAN KE ATAS MEREKA DI DALAMNYA ( AT-TAURAT ) BAHAWASANYA JIWA DIBALAS DENGAN JIWA. “

AL-MAIDAH, 5:45


HUKUMAN QISAS MENGENAI MENCEDERAKAN ORANG DENGAN SENGAJA TERDAPAT DALAM FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :


وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٌ۬‌ۚ 

“ MATA DIBALAS DENGAN MATA, HIDUNG DENGAN HIDUNG, TELINGA DENGAN TELINGA, GIGI DENGAN GIGI DAN LUKA ( PUN ) ADA QISASNYA. “

AL-MAIDAH, 5:45


وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦ‌ۖ 

“ DAN JIKA KAMU MEMBERI BALASAN, MAKA BALASLAH DENGAN BALASAN YANG SAMA DENGAN SEKSAAN YANG DITIMPAKAN KE ATAS KAMU. “

AL-NAHL, 16:126

MAKSUD BALASAN YANG SAMA IALAH PEMBALASAN YANG DIKENAKAN KE ATAS MEREKA ( PENJENAYAH ) JANGANLAH MELEBIHI DARI PEMBALASAN YANG DITIMPAKAN OLEH MEREKA KE ATAS KITA.

KEDUA-DUA KUMPULAN AYAT DI ATAS, IAITU AYAT-AYAT MENGENAI QISAS MEMBUNUH DENGAN SENGAJA, DAN AYAT-AYAT MENGENAI QISAS MENCEDERAKAN DENGAN SENGAJA, MENUNJUKKAN BAHAWA PENGERTIAN QISAS ADALAH PEMBALASAN HUKUMAN ATAU KESEKSAAN YANG SAMA ATAU SETIMPAL DENGAN JENAYAH DILAKUKAN. IAITU JENAYAH MEMBUNUH DENGAN SENGAJA DIBALAS DENGAN BUNUH DAN MENCEDERAKAN DENGAN SENGAJA DIBALAS DENGAN KECEDERAAN YANG SERUPA.



KATA KUNCI "PEMBALASAN YANG SAMA ATAU SETIMPAL" KEPADA PENJENAYAH


وَلَٮِٕن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٌ۬ لِّلصَّـٰبِرِينَ (١٢٦) 

DAN JIKA KAMU BERSABAR, (MAKA) SESUNGGUHNYA YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH BAIK BAGI ORANG-ORANG YANG SABAR.

AN-NAHL, 16:126







.




UKURAN NISAB BARANG CURIAN

PARA PEMBESARMAZHAB BERBEZA PENDAPAT DALAM HAL UKURAN (NISAB) ATAU BATAS BANYAKNYA BARANG CURIAN AGAR HUKUMAN POTONG TANGAN DAPAT DILAKSANAKAN TERHADDAP SEORANG PENCURI.

 

MAZHAB HANAFI 

– NISAB HARTA DALAM HADD PENCURIAN ADALAH SATU DINAR ATAU SEPULUH DIRHAM BAIK MURNI ATAU TIDAK ATAU SENILAI DENGAN SALAH SATUNYA. DIKATAKAN JUGA UNTUK BARANG SELAIN DARI YANG DUA ITU DISAMAKAN NILAINYA DENGAN NILAI DIRHAM DAN JIKA BARANG TERSEBUT ADALAH EMAS MAKA DISYARATKAN MERUPAKAN BARANG YANG BEREDAR DIKALANGAN MASYARAKAT. ADAPUN DALIL ULAMA HANAFIAH DALAM PENENTUAN NISAB INI ADALAH: “DIRIWAYATKAN DARI IBNU ABBAS DAN IBNU UMI AIMAN, MEREKA BERKATA: HARGA PERISAI KETIKA RASULULLAH S.A.W MEMOTONG TANGAN PENCURINYA ADALAH SEPULUH DIRHAM”.

 

MAZHAB MALIKI 

– NISAB HARTA CURIAN ADALAH TIGA DIRHAM MURNI. MAKA SESIAPA YANG MENCURINYA ATAU MENCURI BARANG YANG SENILAI ATAU LEBIH DARI TIGA DIRHAM MURNI MAKA DIKENAKAN HADD. ADAPUN DALIL ULAMA MALIKIAH SEBAGAI BERIKUT: “DIRIWAYATKAN DARI NAFI’ DARI IBNU UMAR BAHAWA RASULULLAH S.A.W MEMOTONG TANGAN YANG MENCURI PERISAI SEHARGA TIGA DIRHAM”. DIRIWAYATKAN OLEH IMAM BUKHARI DAN MUSLIM, IMAM MALIK BIN ANAS BERKATA: “UTHMAN BIN AFFAN MEMOTONG TANGAN ORANG YANG MENCURI BARANG SEHARGA TIGA DIRHAM DAN INI MERUPAKAN PENDAPAT PALING KUAT MENURUTKU DALAM HAL INI”.

 

MAZHAB SYAFI’E

 – NISAB DALAM MENCURI ADALAH SEPEREMPAT DINAR ATAU BARANG-BARANG LAIN YANG SENILAI DENGANNYA. ULAMA SYAFI’EYAH BERDALIL DALAM NISAB INI DENGAN SEBUAH HADDIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH IMAM BUKHARI DAN MUSLIM MELALUI JALAN (ISNAD) AZZUHRI DARI ‘AMRAH DARI SITI ‘AISAH BAHAWA RASULULLAH S.A.W TELAH BERSABDA: “PENCURI DIPOTONG TANGANNYA JIKA MENCURI SEPEREMPAT DINAR DAN SELEBIHNYA”. DEMIKIAN JUGA DENGAN HADDIS IMAM MUSLIM YANG DIRIWAYATKAN MELALUI ABU BAKAR BIN MUHAMMAD BIN ‘AMRU BIN HAZM DARI ‘AMRAH DARI SITI ‘AISAH RASULULLAH S.A.W TELAH BERSABDA: “TIDAKLAH DIPOTONG TANGAN PENCURI KECUALI JIKA MENCURI SEPEREMPAT DINAR ATAU LEBIH”.

 

MAZHAB HANBALI

– TIGA DIRHAM DAN SEPEREMPAT DINAR KEDUANYA MERUPAKAN NISAB DALAM HADD MENCURI DAN SESIAPA YANG MENCURI SALAH SATU DARINYA ATAU YANG SENILAI DENGANNYA MAKA DIKENAKAN HADD. PENDAPAT INI BERDASARKAN HADDIS YANG DIRIWAYATKAN IBNU UMAR DAN JUGA HADDIS SITI ‘AISAH. DISEBUTKAN JUGA DALAM HADDIS YANG DIRIWAYATKAN IMAM AHMAD DARI HADDIS ‘AISAH BAHAWA RASULULLAH S.A.W TELAH BERSABDA: “POTONGLAH TANGAN PENCURI (JIKA MENCURI) SEPEREMPAT DINAR DAN JANGAN PADA YANG KURANG DARIPADANYA”.
 



.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...